Setiap orang mendambakan kehidupan yang baik dan yang indah lagi bahagia. Maka oleh sebab itu, pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan apa yang merek impikan itu. Di antara mereka ada yang berjaya melepasinya dan tidak kurang pula ada yang gagal.
Life is difficult, is not easy, is very tension!!!
Apakah sedemikian !!!! Pelbagai manusia mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang hakikat kehidupan di dunia. Ada yang inginkan keseronokan,ada yang inginkan kegembiraan, inginkan kejayaan, dan ada juga yang inginkan kesukaran atau cabaran. Seolah-olah, kehidupan di dunia ini adalah suatu perkara yang ENJOY!!!!...
وما هذه الحياة الدنيا الا لهو ولعب وان الدار الأخرة لهي الحيوان لو كانوا يعلمون
وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور
Melalui kalam Allah Taala yang agung serta mulia ini, jelaslah hakikat bagi orang mukmin tentang kehidupan di dunia ini. Oleh sebab itu, perbezaan yang amat jelas sekali antara orang mukmin dengan orang kafir dalam mentafsirkan hakikat kehidupan di dunia. Lihatlah apa yang disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda :
الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافرDunia itu adalah penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir{Hadis Sahih melalui jalan periwayatan Abu Hurairah RA}
Hakikat yang amat ketara sekali. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini walau bagaimana sekalipun besarnya nikmatnya serta dan indahnya hari dan harmoninya kediaman maka di sisi Orang Mukmin itu adalah penjara baginya. Ini disebabkan orang Mukmin itu memikirkan ada suatu perkara yang akan memberi suatu kenikmatan yang besar yang tiada tandingan berbanding dengan ORANG KAFIR yang menjadikan dunia ini hanya 'Lepasan Nafsu' bagi mereka kerana mereka telah melupai nikmat kehidupan yang akan dilalui selepasnya.
Oleh sebab itu, janganlah orang yang beriman pada Allah Taala menganggap bahawa kesenangan di dunia ini sebagai suatu sebab untuk meninggalkan Syariat Allah Taala dan hidup dengan berfoya-foya,penuh suka-ria,penuh keseronokan sebagaimana tingkah laku orang kafir. Selain itu juga, janganlah berasa tertipu dengan kesenangan dan kekayaan yang dimiliki orang bukan Islam itu untuk kita mengikut cara adat resam mereka. Ingatlah, itu semua adalah ujian dan percubaan daripada Allah Taala untuk sekalian manusia sama ada mereka berjaya melepasinya atau tidak !! Sebaliknya, walaupun nikmat kesenangan di dunia itu perlu disyukuri kecuali ia juga merupakan suatu PEPERIKSAAN daripada Allah Taala untuk hambaNYA.
Orang Mukmin itu ada hakikat dan tujuan kehidupan di dunia sebagaimana orang Kafir. Al-Quran dan As-Sunnah telah menjelaskan perkara seperti itu. Oleh sebab itu, apabila hakikat itu dipraktikkan maka ada penghasilannya sama ada buah hasilnya itu baik mahupun buruk. Hasil daripada itu dijadikan bagi semua insan juga diciptakan Syurga dan Neraka. Oleh sebab itu, hasilnya berkaitan tentang bagaimanakah INSAN itu menghabiskan sisa umur mereka itu di dunia dan akan terjawab di kemudian harinya.
Maka, ingin mendapatkan hasil yang baik, mestilah benih yang ditanam itu baik dan suci serta tidak dirosakkan dengan apa jua makhluk perosak yang akan menngganggu penghasilan itu. Berbeza pula dengan hasil yang kurang memuaskan, ia disebabkan benih yang ditanam itu sendiri tidak menepati paiwaian. Apabila benih itu asalnya sudah rosak,maka rosak habislah seluruh penghasilannya itu disebabkan. Setiap insan itu mempunyai benihnya sendiri yang ditanam di dunia untuk dipungut hasilnya di akhirat kelak sesuai dengan jenis penanamannya.
Oleh sebab itu, hakikat ini juga telah diketahui oleh setiap orang Islam itu sendiri.... Renungilah Firman Allah Taala ini :
إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالْأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya). - Surah Yunus Ayat 24
Wallahu A'lam.
الحصان الرزان من قصيدة الذب عن أم المؤمنين عائشة الحميراء رضي الله عنه
أبو عروة الأثري المدني
الجامعة الاسلامية بالمدينة المنورة
المدينة النبوية - حرسها الله
Tiada ulasan:
Catat Ulasan