Selasa, 26 Mac 2013

Ukhuwwah fillah abadan abada,,,bergambar pada tahun lepas di kediaman sahabat kami sempena kenduri khatan adiknya

Selasa, 15 Mac 2011

Menziarahi Sahabat

    Pada penghujung tahun 2010,,,four 's'  merancang untuk menziarahi seorang sahabat.Siti najah  yang telah dikurniakan cahaya mata pertama pada 4/3/2010,,,anak  perempuan,yang diberi nama Ummi Umairah,sangat comel macam ibu dia =),,four 's'  mula bertolak pada jam 8.30 pagi dari shahab,,bertolak dari rumah lebih awal dengan menumpang kenderaan salah seorang  four 's'.
   Four 's'  menaiki bas yang di petua oleh najah,dalam perjalanan  four 's' melihat keindahan alam kanan dan kiri cermin bas,melihat mentari meninggi menerangi bumi yang dari ciptaannya,lebih kurang 2 jam four 's' dalam perjalanan ke sungai petani,,dalam perjalan  four 's' terlihat dari atas bas sepasang penganti di perkarangan masjid,,kalau tidak silap di kawasn gurun sudah..kalau tidak silap juga pengantin memakai bju warna keemasan..tidak tahu lah sudah di ijab qabul atau baru nak aqad like3 =)...dalam keadaan bas bergerak pengantin tadi semakin hilang dari pandangan.hehe.
    Tibanya di perhentian bas sungai petani,,four 's' beratur menuruni bas dan terus mencari bas sik yang di  petua oleh najah,bas sudah ada tapi pintunya belum dibuka,,'coz' belum 'timenye' lagi.Four 's' singgah sekejap di kedai untuk membeli makan utuk sarapan,,maklumlah keluar rumah awal tak sempat nak bersarapan =)...selesai membeli four 's'  kembali ke bas 'sik',,pintunya belum di buka,,four 's'  setia menunggu hehe.Lebih kurang 5minit kot,bas tu pun di buka pintunya.Naik lah four 's' atas bas tu,,,yang 'bestnye' orang tak ramai dalam bas tu,, 'juz' 5,7 orang ja..dalam perjalanan 'kolek' bas mai kutip tambang pada penumpang.di tanya dia pada kami nak pi mana,,so,four 's pun bagi taw  macam mana yang di 'petau' najah,,
DIALOG:
  'kolek'>>nak pi mana?
  four 's'>>pondok haji ismail kat jalan tembak B,,
 'kolek'>>pondok hj ismail??tembak B??tembak b kubuq panjang ka??ka kat ada sek agama baru nak buat 2??
four 's'>>ha kat sek rendah tembak B,,nak mintak tolong tekan loceng..
'kolek'>>ok.
 Tibanya di tembak B dia pown tekan loceng,,,Alhamdulillah,sampai juga four 's' ke tempat yang dituju..dengan ucapan terima kasih pada 'kolek' bas,di atas pertolongan memetik loceng =)....
    Masuk ke kawasan pondok hji Ismail,,ayah kepada Najah.,,mencari dan mencari rumah najah...ternampak sebuah rumah,,yang sebelum ni  'just' dalam gambar..kini di depan mata,,dengan memberi salam,seorang pak cik menjawb salam,,dan four 's' terus mnanya di man rumah najh,,ayhnye menjawb da di rumah nya di atas sana,,dengan menuding jari keatas,,four 's' terus berjalan dan berjalan..terlihat sebuah kereta milik suami najah,,sah!!! tak silap lagi ni memang rumah najah."Assalamualaikum",,,,,"waalaikumussalam",,jawb suara dalam rumah itu,,tut,,,,,tut,,,,, najah membuka pintu dengan dukungan anaknya yang baru bangun tidur,,bersalaman lah kami semua cium2 lagi,,ukhuwwah kata kan =)
  Tanya khabar,borak-borak,musik mairah(anak najah),bergambar,,maklumla dah lam tak berjumpa katakan ,,,,penat berborak kami pown di jemput makan tengah hari,selesai makan,rehat-rehat.Dalam pukul 3 ke atas,,kami siap-siap untuk pulang,,sebelum pulang kami singgah sekejap di rumah keluarga najah ,berjumpa mak,ayah,adik,kak najah..tiba di rumah mak najah four 's'  bersalaman,,lebih kurang dalam 15 minit kami mintak diri,,tapi belum balik lagi,,najah bawa berjalan-jalan di kawasan rumah,,jumpa mak mertuanye,,sesi bergambar bermula,,berlatar belakangkan ladang kelapa sawit...macam-macam  gaya,,bersama umairah yang comel =)
memori kita bersama.
kenangan kita bersama.
so sweet=)
mairah comel tidur.
    Kepulangan four 's' di hantar oleh suami najah ke perhentian bas kola ketil,laju sungguh suami dia bawa takut,kecut perut  pun ada,,heeeeeeeee.tibanya four 's' di kola ketil,sekali lagi four 's' bersalaman dengan najah..masa tu umairah tertidur ngantok gamaknye,,comel sungguh mairah waktu tidur,,sempat lagi four 's' mengambil gambar mairah tidur...tidak lama menunggu bas sungai petani pun sampai.Tibanya di sungai petani,,menunggu pula bas ke Alor Setar,,sedang ghalik menunggu bas A.S,,salah seorang dari four 's' ternampak satu pergaduhan di antara kumpulan laki cina dan seorang laki cina(remaja)apa sebabnya tah la..teruk juga sampai berdarah-darah kena sepak.Allahu subhanahua taala. macam-macam dunia ni ..selang beberapa minit datang lah bas A.S,,kami pun naik,terpaksa berebut 'coz' terlalu ramai yang nk ke A.s,,Alhamdulillah dapat juga duduk di belakang sekali,,tapi kurang selesa la,,,tak mengapa.berdiri pun ramai dah macam ikan sadin pun ada =)..dalam perjalanan,dan dstinasi yang di tuju masing-masing, penumpang makin berkurangan..four 's' berpeluang duduk di tempat selesa masing-masing,siap tidur lagi ,,hinggalah dah nak sampai A.S baru lah masing-masing sedarkan diri.sampai di shahab, kami ditumpangkan salah seorang four 's' .Four 's' bersolat di masjid berhampiran dengan  'shahab' dan  'kuin'.Dan kami pulang kerumah masing-masing dengan kepenatan dan sakit kepala aadduuuhhh,,,,,,,,,,,,,walau apapun four 's' tetap bersyukur kerana dapat menziarahi sahabat yang jauh berada dan janji telah tunaikan,niat untuk menzirahi najah dan selamat sampai semoga kenangan kita mekar di ingatan,,ukhuwwah fillah abadan abada..Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad(^___^)

Sabtu, 12 Mac 2011

Hakikat Kehidupan di Dunia...!!

   Setiap orang mendambakan kehidupan yang baik dan yang indah lagi bahagia. Maka oleh sebab itu, pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapatkan apa yang merek impikan itu. Di antara mereka ada yang berjaya melepasinya dan tidak kurang pula ada yang gagal.


Life is difficult, is not easy, is very tension!!! 

Apakah sedemikian !!!! Pelbagai manusia mempunyai tafsiran yang tersendiri tentang hakikat kehidupan di dunia. Ada yang inginkan keseronokan,ada yang inginkan kegembiraan, inginkan kejayaan, dan ada juga yang inginkan kesukaran atau cabaran. Seolah-olah, kehidupan di dunia ini adalah suatu perkara yang ENJOY!!!!...

وما هذه الحياة الدنيا الا لهو ولعب وان الدار الأخرة لهي الحيوان لو كانوا يعلمون

وما الحياة الدنيا الا متاع الغرور

Melalui kalam Allah Taala yang agung serta mulia ini, jelaslah hakikat bagi orang mukmin tentang kehidupan di dunia ini. Oleh sebab itu, perbezaan yang amat jelas sekali antara orang mukmin dengan orang kafir dalam mentafsirkan hakikat kehidupan di dunia. Lihatlah apa yang disabdakan Rasulullah SAW dalam hadis baginda :

الدنيا سجن المؤمن وجنة الكافر
Dunia itu adalah penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir 
{Hadis Sahih melalui jalan periwayatan Abu Hurairah RA}

Hakikat yang amat ketara sekali. Sesungguhnya kehidupan di dunia ini walau bagaimana sekalipun besarnya nikmatnya serta dan indahnya hari dan harmoninya kediaman maka di sisi Orang Mukmin itu adalah penjara baginya. Ini disebabkan orang Mukmin itu memikirkan ada suatu perkara yang akan memberi suatu kenikmatan yang besar yang tiada tandingan berbanding dengan ORANG KAFIR yang menjadikan dunia ini hanya 'Lepasan Nafsu' bagi mereka kerana mereka telah melupai nikmat kehidupan yang akan dilalui selepasnya. 

Oleh sebab itu, janganlah orang yang beriman pada Allah Taala menganggap bahawa kesenangan di dunia ini sebagai suatu sebab untuk meninggalkan Syariat Allah Taala dan hidup dengan berfoya-foya,penuh suka-ria,penuh keseronokan sebagaimana tingkah laku orang kafir. Selain itu juga, janganlah berasa tertipu dengan kesenangan dan kekayaan yang dimiliki orang bukan Islam itu untuk kita mengikut cara adat resam mereka. Ingatlah, itu semua adalah ujian dan percubaan daripada Allah Taala untuk sekalian manusia sama ada mereka berjaya melepasinya atau tidak !! Sebaliknya, walaupun nikmat kesenangan di dunia itu perlu disyukuri kecuali ia juga merupakan suatu PEPERIKSAAN daripada Allah Taala untuk hambaNYA.

Orang Mukmin itu ada hakikat dan tujuan kehidupan di dunia sebagaimana orang Kafir. Al-Quran dan As-Sunnah telah menjelaskan perkara seperti itu. Oleh sebab itu, apabila hakikat itu dipraktikkan maka ada penghasilannya sama ada buah hasilnya itu baik mahupun buruk. Hasil daripada itu dijadikan bagi semua insan juga diciptakan Syurga dan Neraka. Oleh sebab itu, hasilnya berkaitan tentang bagaimanakah INSAN itu menghabiskan sisa umur mereka itu di dunia dan akan terjawab di kemudian harinya.

Maka, ingin mendapatkan hasil yang baik, mestilah benih yang ditanam itu baik dan suci serta tidak dirosakkan dengan apa jua makhluk perosak yang akan menngganggu penghasilan itu. Berbeza pula dengan hasil yang kurang memuaskan, ia disebabkan benih yang ditanam itu sendiri tidak menepati paiwaian. Apabila benih itu asalnya sudah rosak,maka rosak habislah seluruh penghasilannya itu disebabkan. Setiap insan itu mempunyai benihnya sendiri yang ditanam di dunia untuk dipungut hasilnya di akhirat kelak sesuai dengan jenis penanamannya.

Oleh sebab itu, hakikat ini juga telah diketahui oleh setiap orang Islam itu sendiri....  Renungilah Firman Allah Taala ini :

إِنَّمَا مَثَلُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا كَمَاءٍ أَنْزَلْنَاهُ مِنَ السَّمَاءِ فَاخْتَلَطَ بِهِ نَبَاتُ الْأَرْضِ مِمَّا يَأْكُلُ النَّاسُ وَالْأَنْعَامُ حَتَّى إِذَا أَخَذَتِ الْأَرْضُ زُخْرُفَهَا وَازَّيَّنَتْ وَظَنَّ أَهْلُهَا أَنَّهُمْ قَادِرُونَ عَلَيْهَا أَتَاهَا أَمْرُنَا لَيْلًا أَوْ نَهَارًا فَجَعَلْنَاهَا حَصِيدًا كَأَنْ لَمْ تَغْنَ بِالْأَمْسِ كَذَلِكَ نُفَصِّلُ الْآيَاتِ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang - bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya).  - Surah Yunus Ayat 24

Wallahu A'lam. 

الحصان الرزان من قصيدة الذب عن أم المؤمنين عائشة الحميراء رضي الله عنه
أبو عروة الأثري المدني
الجامعة الاسلامية بالمدينة المنورة
المدينة النبوية  -  حرسها الله